Konvoi Shopping Raya 2011: Rumah Asnaf Murni
Seperti program Konvoi Shopping Raya 2010, pada tahun ini We Heart All akan menganjurkan program yang sama dengan konsep yang sama. Kali ini ia akan diadakan di PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN ASNAF MURNI ( Rumah Asnaf Murni) yang terletak di:
No 1259
Jalan Nusari Bayu 4/2
Taman Nusari Bayu 2
Bandar Sri Sendayan
Seremban 2
Negeri Sembilan.
http://badanamal.org/
Pengetua: Pn Rohaya (0189093210)
WHA telah mengunjungi rumah Ansaf Murni pada hari semalam dan melihat sendiri keadaan rumah tersebut, bertemu dengan pengetuanya Pn Rohaya dan anak-anak yang mendiami rumah tersebut. Terdapat dua buah rumah iaitu rumah perempuan dan rumah lelaki. Seramai 6 orang anak perempuan mendiami rumah perempuan manakala 15 orang kanak-kanak lelaki mendiami rumah lelaki. Selebihnya ada yang tinggal di rumah masing-masing dengan ibu mereka tetapi mendapat bantuan yang sama daripada rumah ini.
Pada tahun ini WHA ingin mengajak anda menaja 22 orang kanak-kanak, 9 org dewasa dan 6 orang ibu tunggal, seorang OKU menyediakan persiapan sempena Aidilfitri tidak lama lagi daripada rumah Asnad Murni, serta seorang ibu tunggal dan anak yatim daripada Ulu Klang. Jumlah penajaan: 40 orang.
Penajaan bernilai RM100 seorang membolehkan mereka membeli keperluan untuk persediaan Aidilfitri yang bakal menjelang. Seramai 38 orang sukarelawan dengan 19 buah kereta juga diperlukan utk membawa mereka membeli-belah di Jusco Seremban 2 pada 27 Ogos ini.
Penajaan yang diperlukan: RM100 x 40 orang = RM4000
Sekiranya sumbangan diterima melebihi RM4000, bakinya akan digunakan untuk membeli 10 buah tilam untuk kegunaan di rumah lelaki dimana sekarang ini hanya ada lebih kurang 6 buah tilam yang telah usang dan terpaksa dikongsi beramai-ramai.
Selain itu, keperluan yang akan cuba didapatkan ialah rak buku dan meja rendah untuk mereka gunakan bagi mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan kerja sekolah. Buat masa ini, mereka terpaksa menulis diatas lantai kerana tiada kemudahan meja yang mencukupi.
Untuk membaca laporan program Konvoi Shopping Raya 2010, klikhttp://www.weheartall.org/?p=110
PENAJAAN SHOPPING RAYA (RM100/seorang) KINI DIBUKA.
1. Zaidi Zabri
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.
PENDAFTARAN SUKARELAWAN KONVOI SHOPPING RAYA (Pilot & Co-Pilot):
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
Anda bebas memilih samada untuk menaja (seberapa ramai yang anda mahu) atau menjadi sukarelawan (menyumbang masa, tenaga, minyak kereta dan tol) atau kedua-dua sekali.
Untuk menghantar sumbangan, sila bank-in atau transfer ke:
Bank: CIMB
Nama Akaun: Sharifah Sharina Bt Syed Aswad
No Akaun: 1441 00626 355 28
Email: sherrina@gmail.com
No HP: 017-274 8904
Sila masukkan email ke dalam transaksi jika menggunakan internet banking. Jika menggunakan cara lain, sila hubungi saya untuk pengesahan transaksi. Seeloknya emailkan resit untuk memudahkan kami memeriksa.
Perjalanan KL ke Bandar Sri Sendayan mengambil masa satu jam ke satu jam 30 minit.
Kos tol KL-Seremban ialah RM7.20 untuk satu hala.
Untuk info atau pertanyaan, sila kemukakan di sini ataupun email ke sherrina@facebook.com (Sharifah Sharina Syed Aswad) atau menghubungi ahli WHA yang lain (Cahaya Cahaya Bulan, Fairuz Rahman atau Diyana Rahman) di Facebook ini.
Maklumat lanjut akan dikemaskini disini dari masa ke semasa. Mohon bantuan anda untuk menyebarkan program ini dengan klik pada butang Share.
Semoga dengan usaha kecil kita semua ini dapat memberi keceriaan kepada anak-anak ini.
“Sedekah itu lebih tajam daripada doa”-maksud hadis-
Untuk perkembangan terkini program ini, sila klik SINI.










